Proses biokimia Aromatisasi

Aromatase ialah enzim yang melakukan prosese aromatisasi kepada struktur cincin dalam sebatian steroid. Penukaran khusus ialah testosteron kepada estradiol dan androstenedion kepada estrone. [3] Setiap aromatisasi ini melibatkan pengoksidaan kumpulan metil C-19 untuk membolehkan penyingkiran asid formik bersamaan dengan aromatisasi. Penukaran sedemikian adalah relevan dengan tumorogenesis estrogen dalam perkembangan kanser payudara dan kanser ovari pada wanita menopause dan ginekomastia pada lelaki. [4] Inhibitor aromatase seperti exemestane (yang membentuk ikatan kekal dan menyahaktifkan dengan enzim aromatase) [5] dan anastrozole dan letrozole (yang bersaing untuk enzim) [6] telah terbukti lebih berkesan daripada ubat anti-estrogen seperti tamoxifen. Hal ini kerana ia menghalang pembentukan estradiol. [4]

Berkaitan